Showing posts with label TIPS BANYAKKAN SUSU IBU. Show all posts
Showing posts with label TIPS BANYAKKAN SUSU IBU. Show all posts
Saturday, 18 May 2013
TIPS ANAK DEMAM
ANAK DEMAM???
Anda risau anak anda demam?bila demam mula laa hilang selera makan, asyik monyok aje..bila sampai tahap tak nak makan, tak nak minum, makan ubat pon muntah, badan panas tak turun-turun, mungkin masa tu anda pon dah patut risau..
Kenapa sehingga 39'C? kerana inilah suhu badan kebanyakkan kanak-kanak ketika mereka besar kemungkinan di serang demam campak. Saya tahu setiap ibu pasti akan mengharungi saat ini antara cepat dan lambat. Selalunya keadaan demam berterusan dengan suhu tinggi berkait rapat dengan serangan virus selalunya virus yang membawa demam campak. Dari pemerhatian saya demam ini selalu menyerang bayi yang berumur antara 5-6 bulan.
Baru semalam saya terima sms dari teman rapat yang anaknya juga baru diserang demam panas sehingga 39 degC dan tak turun2 dah dua hari lamenya. Jumpa doctor pun sudah tapi pada doktor tiada apa yang boleh di lakukan melainkan "close monitoring" supaya bayi tidak mengalami muntah2 atau sawan.
Bagaimana anda boleh melakukan dari rumah? Inilah panduan yang saya share dari blog Aula dan katanye it work wonders for her son Azib Razim syukur alhamdulilah..apa yg Aula buat?
1) VITAMIN C- patahkan 2 biji vitamin-C shaklee dan makan. Kemudian susukan bayi anda-sekerap yg boleh
2) AIR KELAPA- Cari air kelapa, selawat dan beri anak anda minum. Kalau dia tak mahu anda perlu cari alternatif sepeti dengan mengunakan picagari dan beri pada anak anda. Sains di sebalik air kelapa ialah ia adalah penawar kepada penyakit kadangkala demam dengan suhu tinggi adalah di sebabkan demam campak selagi campak tidak keluar selagi itu bayi akan demam. Dan Air Kelapa membantu mempercepat proses ini
3) AIR ASAM JAWA-Lap badan anak anda dengan air asam jawa sehingga sejuk. Continously lap badan anak anda especially kat kepala sebab tak mahu suhu tinggi menganggu otak nya nanti.
4) DAUN BUNGA RAYA- lumurkan lender daun bunga raya ke kepala anak, InsyaAllah panas badan nya akan kurang..
Pada masa yang sama teruskan ubat doktor untuk control demam supaya jangan suhu badan tidak naik mendadak atau shoot-up. Walaubagaimana sekalipun penjagaan kesihatan tidak terhad hanya ketika sakit. Prevention adalah yang terbaik. Amalkan pemakanan yang penuh dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, juga amalan pengambilan makanan tambahan untuk anak juga baik.
Harap petua ini membantu. Teruskan doa jangan lupa kerana hanya Allah yang boleh mengubati. Kita hanya berusaha.
~ SHARING IS CARING ~
Wednesday, 15 May 2013
Tips Banyakkan Susu Ibu
- Kerap mengosongkan payudara dengan cara mengepam dan menyusukan bayi dengan kerap
Kesalahan konsep ini dapat kita lihat dalam kes-kes seperti di bawah:
- Mengambil makanan untuk banyakkan susu ibu sejak awal kehamilan. Apabila bayi dilahirkan, menunggu sehingga payudara ‘terasa ada susu’ sebelum menyusukan bayi.
- Tidak mengepam dan menyusukan seperti yang disarankan, sebaliknya bergantung kepada pemakanan.
- Hanya mengambil makanan dan minuman yang dikatakan dapat menambah susu badan sehingga tiada satu hidangan lengkap dalam diet seharian.
- Tidak salah mengambil makanan tertentu untuk membanyakkan susu ibu, namun konsep asas penyusuan harus dikuasai, iaitu – semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu terhasil; dan semakin banyak susu diperlukan oleh si bayi, semakin banyak susu akan terhasil.
Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:
- Tinggi dengan PROTEIN – makanan berasaskan kacang SOYA (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, ALFALFA dan sebagainya.
- Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
- Tinggi kalori – longan kering, kurma.
- Tinggi kalsium – susu.
- Tinggi vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
- Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
- Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih.
- Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
- Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.
Pengambilan makanan di atas semasa hamil?
- Ya, ibu hamil seharusnya mengambil makanan2 di atas, namun harus ingat ia bukan jaminan untuk anda menghasilkan banyak susu.
- Penghasilan susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, kekerapan anda menyusu dan permulaan penyusuan anda. Jadi, semasa hamil, carilah ilmu penyusuan sebanyak-banyaknya dan dapatkan beberapa teman baik yang juga menyusukan bayi mereka, agar anda mendapat bimbingan, motivasi dan perkongsian yang berterusan.
Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil pil hormon untuk membanyakkan susu badan?
Bagi pendapat peribadi saya tidak perlu, kecuali
dalam kes tertentu dan atas nasihat pakar (Pakar dalam bidang laktasi).
Seseorang ibu hanya perlu menambahkan sesi rangsangan dan stimulasi, di samping
pengambilan makanan yang membekalkan zat seimbang.
Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil suplemen?
Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil suplemen?
- Dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran; makanan yang hilang khasiat semasa proses menanam, memetik, menyimpan dan memasak; keadaan hidup yang stress; bukan saja ibu yang menyusukan, malah semua orang memerlukan supplement, sekurang-kurangnya sebagai antioksidan.
- Bagi ibu yang menyusukan, suplemen adalah untuk membekalkan zat-zat keperluan harian yang bukan saja untuk menjadikan tubuhnya fit, malah bertenaga dan stabil dari segi emosi untuk menghasilkan susu yang sihat.
Adakah jenis pam susu mempengaruhi jumlah pengeluaran susu?
- Sama sekali tidak. Ia bergantung kepada teknik mengepam yang diamalkan oleh seseorang ibu itu. Malah teknik mengepam yang paling efektif ialah teknik Marmet, iaitu mengepam dengan menggunakan tangan
- Adakah emosi si ibu mempengaruhi pengeluaran susu?
- Ya, apabila ibu dalam keadaan stress, hormon yang terhasil menghalang hormon penyusuan dari dirembeskan.
- Usah mudah mengalah jika terkehel di peringkat awal. Memang benar, menyusukan bayi tidak menjadikan kita ibu terbaik di dunia, tapi bila kita berusaha memberikan makanan awal terbaik untuk anak kita sendiri, itu adalah kepuasan yang paling kemuncak sebelum kita mula mencorak masa depannya dengan pelbagai misi lain pula.
Wednesday, 1 May 2013
TIPS - IBU MENYUSU (BF MOM)
SUSU IBU MERUDUM?
Utk ibu2 yang menyusu..amat mustahak untuk mengetahui punca2 susu
merudum seperti stress,..musim2 period,kurang kalori,baby beralih bulan or di
panggil growth spurt (time ni normally dia akan consume lebih byk dari
biasa)..dan byk lagi faktor2 lain mmg ada efek yg besar kat pengeluaran
susu…...jadi apa yer yang ibu2 boleh buat?
>>Makan makanan seimbang…especially yang kaya dgn protein
>>Drink barley-based drinks such as homemade barley water
>>Consume plenty of dark green vegetables (sayuran hijau)
>>Pengambilan air yg mencukupi
>>Routine pumping (minimum 6x sehari pam)
>>Ambil natural milk booster jika perlu….cthnya alfalfa..
>>Apply power pumping teknik-pump for 10-20minit - rest 10
minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump
again for 10 minutes. Do this for about an hour, sekali
sehari.hasilnya?..insyaAllah..amat membantu mengembalikan semula pengeluaran susu..
cuba lihat selepas seminggu yer...Jgn lupe BERDOA..
________
sumber
:kelly.mom
edited
by:MFC
MamaFaiz.Com|Mom's
Favorite Choice)

