Showing posts with label TIPS DIET SEIMBANG. Show all posts
Showing posts with label TIPS DIET SEIMBANG. Show all posts

Thursday, 20 August 2015

DIET SIHAT & SEIMBANG!



Salam semua...

Kebanyakan ramai yang berat badan naik secara mendadak selepas raya.

OH TIDAK…
Tidak sanggup lagi melihat bentuk badan anda di hadapan cermin?

Banyak baju-baju pada zaman bujang dulu sudah banyak tidak boleh dipakai?

Ada yang baju baru pakai sekali sudah mengecil? sudah sampai masanya kita berubah. dulu zaman muda-muda comel dan cute je..kalau yang lelaki tu, jambu je tgk..yang perempuan tu hot gitu..;)

Jom kembalikan bentuk badan anda bukan hanya untuk kelihatan cantik bergaya, tapi yang paling penting untuk kesihatan berpanjangan.

Suplemen2 yang dicadangkan bukan untuk menguruskan badan, tetapi untuk program pengurusan berat badan dengan yang cara yang sihat. Di samping dapat mengurangkan saiz, kesihatan optimum juga dapat dicapai. ditekankan supaya diet yang sihat perlu pengambilan makanan yang betul.





3 LANGKAH PENGURUSAN BERAT BADAN SHAKLEE
LANGKAH 1 : DETOX
================================================
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yangmelekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Apabila dinding usus dibersihkan, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap yang optimum.

Cadangan vitamin. Pilih salah satu mengikut keperluan badan :

a) Herb-Lax
b) Alfalfa

Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. saya lebih suka amalkan alfalfa kerana ia boleh diambil setiap hari berbanding herblax. Alfalfa juga sgt baik untuk mereka yang mengalami masalah keputihan dan allergik.

Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Herb-lax tidak digalakkan diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

LANGKAH 2 : MEMECAHKAN LEMAK
================================================
Cadangan vitamin. Pilih salah satu mengikut keperluan badan :

a) Lecithin
b) Omega Guard

Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Omega juga dapat mengawal obesiti, merendahkan kolesterol bagi fungsi pengurusan berat badan. EPA dan HDA di dalam omega boleh merendahkan lemak dalam darah.

LANGKAH 3 : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN
================================================
Cadangan vitamin. Pilih salah satu mengikut keperluan badan :

a) ESP
b) Cinch Shake

Protein sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

***TIPS PENTING :

Program pengurusan berat badan adalah berbeza dengan diet yang extreme. walau apa jua cara, pastikan pemakanan yang betul dan sihat, kurangkan karbohidrat dan lebihkan pengambilan protein, dan pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari. senaman dan pemakanan yang disiplin juga perlu dipatuhi.

Berminat untuk mencuba?
Saya akan guide anda dengan tips2 diet & cara pemakanan yang betul.
Insyaallah jika mengamalkan hidup & pemakanan yang sihat tiada yang mustahil untuk anda dapatkan berat badan yang ideal.

Untuk info & keterangan lanjut:
Sms@wasup: 0137385750 (azah)
Email: shazdeshoppe@gmail.com

Thursday, 31 January 2013

TIPS DIET SEIMBANG


  • Diet seimbang perlulah diamalkan sedari awal agar sasaran yang diletakkan tercapai. Hasilnya bukan sahaja bentuk badan akan kelihatan menarik bahkan kesihatan turut meningkat.
  • Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.
  • Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan.
  • Pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian. Berat badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.
  • Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein. Namun, sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.

  • Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.
  • Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amatlah digalakkan namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.
  • Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.
  • Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak, penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.
  • Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.
  • Tiada masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil.