Thursday 17 January 2013

MASIH RAGU DENGAN STATUS HALAL SHAKLEE??


MASIH RAGU DENGAN STATUS HALAL SHAKLEE??
Sebenarnya sudah kerap kali isu ini berbangkit..dan setiap kali itu juga ia datangnya dari satu sumber tertentu itu sahaja. Saya tidak menyalahkan sesiapa..tetapi kita sebagai makhluk yang dikurniakan Allah akal untuk berfikir, kenapa cepat sangat percaya tanpa usul periksa..betul tak?


Bagi anda yang mungkin pernah terbaca tentang isu status halal atau tidak produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia ini terutamanya produk yang dalam bentuk soft gel iaitu CarotoMax (Vit-A), Vitamin ELecithin & OmegaGuard. Saya harap dengan penjelasan saya kali ini dapat menjawab isu yang acapkali diperkatakan ini. Selepas itu terpulanglah kepada anda untuk menilainya. >_<

Anda boleh baca entry lama saya di sini untuk lihat sendiri Sijil Halal yang mengandungi senarai produk Shaklee yang disahkan Halal oleh ISA (Islamic Services of America). Dan ISA itu sendiri telah diiktiraf oleh JAKIM

Buat pengetahuan anda juga, salah seorang daripada upline saya sendiri pernah pergi ke Shaklee U.S. untuk melihat sendiri bagaimana supplements Shaklee di hasilkan. Menurut mereka, memang diasingkan pembuatan untuk negara Islam & bukan Islam. Memang unik dan kagum. Syukur! Produk untuk pasaran Malaysia telah dihasilkan di USA kecuali produk berbentuk soft gel (CarotoMax, Vitamin E, Lecithin & OmegaGuard) dihasilkan di Canada. (Mungkin sebab itulah penulis blog tersebut menulis surat terus kepada Shaklee Canada..>_<)  

Walaubagaimanapun kapsul (soft gel) dari bovine gelatin yang digunakan untuk 4 produk ini TIDAK dihasilkan oleh Shaklee Canada ye kawan2... Kapsul tersebut dihasilkan oleh Banner Pharmacaps (Canada). Anda boleh lihat di botol setiap produk tersebut yang ada menyatakan di mana produk itu dihasilkan. Bagi 4 produk di atas, ia tertulis seperti ini:-

Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA   

*Anda boleh layari laman web Banner Pharmacaps di sini!




Persoalan yang bermain di fikiran anda sekarang..kapsul dari Banner Pharmacaps (Canada) ni HALAL ke tidak? Kan?

Banner Pharmacaps (Canada) merupakan sebuah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Dan ia disahkan HALAL oleh IFANCA (A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America.). Inilah buktinya yang terdapat dalam Halal Consumer Magazine.



Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan kapsul bagi produk Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah..

No comments: