Thursday 25 September 2014

TIPS DEMAM DENGGI



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Musim penyakit denggi sekarang amat berleluasa.. So Entry malam nie saya nak bercerita tentang Bahaya Demam Denggi



Tanda-tanda Demam Denggi

1) Demam kuat yang mengejut
2) Berdarah pada badan, hidung dan mulut
3) Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan biji mata.


Tempat Nyamuk Aedes Membiak Di Dalam Rumah
1) Kolam  (kolah mandi)
2) Perangkap air peti sejuk
3) Perangkap semut
4) Alas pasu bunga



Tips Semulajadi Untuk Denggi


Sup ketam dipercayai dapat membantu meredakan  demam denggi.



Langkah-langkah pencegahan dilakukan bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.



Cara Pencegahan



1) Salin air dan cuci bekas simpanan air dan kolam (kolah mandi) seminggu sekali.

2) Buang air daripada pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pingan-pingan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk.

3) Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat.

4) Peliharalah ikan gapi, puyu dan sebagainya di dalam tangki air besar.

5) Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali.

6) Bekas-bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.

7) Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul).



Peringatan Denggi



1) Cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.

2) Denda sebanyak RM 500 akan dikenakan jika terdapat pembiakan nyamuk aedes di rumah anda.

3) Dapatkan rawatan segera di klinik jika demam.

4) INGAT! Denggi Membunuh!



Tips Shaklee

 ESP, Nutriferon dan Performance Drink boleh membantu mengurangkan gejala demam denggi kepada pengidap penyakit ini.

 Sekiranya anda atau orang tersayang mengidap denggi, boleh hubungi saya untuk mencuba Set Denggi ini.
 Terima kasih ;)















2 comments:

Hafizul said...

Ohh shaklee pun ada gak produk hebat macam ni ekk..hehe

Unknown said...

Ye Hafizul..semestinya produk yg hebat utk kesihatan :)