Friday 15 March 2013

INFO VITAMIN VS UBAT??

UBAT
MAKANAN TAMBAHAN (SUPPLEMENT)
1.     Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian dari tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kpd tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
2.     Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi dan mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim
Bahan-bahan berkhasiat bertindak membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.
3.     Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dlm badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan, gangguan mental, bintik2 merah, telinga berdengung, gangguan penghazaman dan akhirnya kematian.
Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh kerana badan membina system-sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.
4.     Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh terganggu antara satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.
Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain. Bahan berkhasiat sedia membantu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
5.     Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan antara waktu makan untuk mengelakkan dgn hal yang saling mempengaruhi atau pencarian oleh kesan daripada makanan.
Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghazaman lain-lain faktor makanan.
6.     Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. (kematian adalah kesan sampingan yang pasti)
Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada suatu pun kenyataaan yg tercatit mengenai merbahayanya pengambilan vitamin,zat galian dan asid amino.
7.     Ubat menghasilkan kesan pada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu, seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.
Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindakbalas kepada  seseorang. Ianya hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata berkurangan dlm tubuh badan.
8.     Ubat bertindak cepat dan menakjubkan. Seseorang boleh menerima kesannya dlm beberapa minit atau jam sahaja.
Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara beransur-ansur (perlahan-lahan) dlm jangkamasa yg panjang. Ia kebiasaannyamengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan dan kejayaannya.
9.     Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukannya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ianya tidak memulihkan.
Bahan-bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap punca penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yg sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yg tertentu. Oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dpt mengatasi masalah serta kerosakan yg telah terjadi tidak berulang lagi.
10.    Ubat perlu diberi pengawasan yg teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yang merbahaya ke arah tindakan sampingan.
Pengambilan bahan berkhasiat tidak memerlukan pengawasan yang rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan. Setiap sel badan hanya menerima bekalan bahan berkhasiat dgn terhad. Apabila keperluannya mencukupi, ia tidak akan menerimanya lagi. Kelanjutan berlebihan bahan berkhasiat adalah rendah. Keselamatannya amatlah terjamin.
11.   Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.
Orang tua memerlukan lebih banyak pengambilan  bahan berkhasiat oleh kerana faktor-faktor kekurangan yg berlarutan begitu lama serta penghadaman yg lemah.
12.   Ubat berkemungkinan boleh menghasilkan penyakit disebabkan oleh kesan sampingannya.
Bahan berkhasiat sedia memelihara (mengawal) badan daripada penyakit-penyakit, menguatkan sel-sel daripada serangan kuman bakteria , virus dan lain-lain. Kedua, melambatkan proses kemunduran (kelemahan organ berfungsi dengan baik) di dalam badan.

No comments: