Monday 5 August 2013

AJHT SHAKLEE (ADVANCE JOINT HEALTH TABLET)

Assalamualaikum pembaca setia blog shazdeshoppe. 
AJHT ini sesuai sangat untuk dijadikan sebagai hadiah untuk mak bapak atau ahli keluarga kita yang selalu sakit sendi. Jom kita baca dengan lebih lanjut keistimewaan AJHT Shaklee ini. 




Advanced Joint Health Tablet Shaklee


Ketidakselesaan sendi boleh mengakibatkan kualiti hidup terjejas & menghalang anda daripada melakukan aktiviti yang digemari. Sakit sendi bukan sahaja menyerang mereka yang sudah berusia, malah golongan muda juga turut menghidapinya. Jadi, pencegahan di peringkat awal boleh menjadikan sendi anda sihat biarpun di usia yang semakin meningkat. 


Pelbagai jenis sakit sendi


AJHT mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5+ hari. Ramuan ini terbukti secara klinikal mampu:
  • menggalakkan mobiliti
  • meningkatkan fleksibiliti
  • meningkatkan fungsi sendi
  • menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang
Ia juga merangkumi kombinasi ekstrak jagung,zink,kuprum,mangan & vitamin C yang memainkan peranan yang unik & kritikal didalam membangunkan kolagen penghubung & rawan yang sihat. Hasilnya sendi lebih kuat,fleksibel & anda mampu bergerak dengan lebih mudah.


Nutrien untuk sendi yang sihat



Kebaikan AJHT dapat dilihat dengan 3 cara:

 1.   Menyokong keselesaan sendi (ekstrak Boswellia)

-menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswellik yang berfungsi sebagai anti-radang semuala jadi.

 2.  Bertindak sebagai kusyen bagi membantu mengekalkan tulang rawan (ekstrak jagung)

-ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamin yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi & pemeliharaan tulang rawan. Glukosamin ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan & lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui di dalam tendon & ligamen.

 3.  Memelihara tisu penyambung (zink,kuprum,mangan & vitamin C)

-zink,kuprum,mangan & vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen & komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan & struktur terhadap sendi

Perbezaan AJHT Shaklee:
  1. AJHT juga tidak mengandungi Chondroitin iaitu satu bahan yang menghalang penyerapan glukosamin. 
  2. 100% bebas kekerang
  3. 100% sumber syaur-sayuran
  4. Tiada perasa tiruan,pemanis & pengawet
  5. Bebas Gluten

Sumber: iSihat


No comments: