KHASIAT BUAH APPLE
Epal, sejenis buah berkhasiat dan serba guna. Pelbagai jenis
epal sama ada berwarna hijau atau merah yang mempunyai rasa dan kerangupan
berbeza. Ia sarat dengan antioksidan semula jadi yang membantu menjadikan wajah
tampak awet muda, selain mengekalkan wajah yang cantik dan ceria tanpa mengira
usia.
Malah, mengamalkan pengambilan epal juga dikatakan dapat
membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus serta jantung.
Pakar perunding diet Indra Balaratnam berkata, dalam
kepesatan hidup hari ini, ramai antara kita menggemari makanan mengikut trend
terkini atau segera yang kononnya terbaik untuk kesihatan.
“Sebagai seorang wanita moden yang perlu mengimbangi antara
keluarga dan kerjaya, kita sering mengabaikan kesejahteraan diri sendiri.
“Golongan wanita dan ibu khususnya mungkin memandang rendah khasiat serta manfaat nutrisi daripada amalan memakan epal setiap hari,” katanya.
Hakikatnya, amalan baik nutrisi bermula dengan langkah asas. Epal misalnya bukan hanya boleh dimakan begitu saja, namun rasanya juga enak jika dicampur ke dalam hidangan.
“Golongan wanita dan ibu khususnya mungkin memandang rendah khasiat serta manfaat nutrisi daripada amalan memakan epal setiap hari,” katanya.
Hakikatnya, amalan baik nutrisi bermula dengan langkah asas. Epal misalnya bukan hanya boleh dimakan begitu saja, namun rasanya juga enak jika dicampur ke dalam hidangan.
Ia boleh dipelbagaikan penggunaannya dalam sajian sama ada
untuk makanan bayi, dimakan sebagai buah segar atau ditambah ke dalam salad.
Epal juga mengandungi serat, potasium, vitamin A dan C serta
antioksidan yang menjadi nutrien penting untuk kesihatan jantung.
Menurut hasil kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pemakanan
Klinikal Amerika, memakan lebih banyak epal boleh membantu mengelak daripada
risiko menghidap penyakit jantung dan kardiovaskular.
Buah bernutrisi tinggi yang mudah didapati pada harga
berpatutan ini setanding dengan nilai buah-buahan superfruit lain seperti beri
biru dan buah delima, menjadikannya pilihan tepat bagi wanita yang bergerak
aktif serta keluarga mereka.
Satu kajian pada 2003 melaporkan, wanita yang memakan tiga
biji epal setiap hari dapat menurunkan lebih banyak berat badan jika
mengamalkan diet rendah kalori berbanding mereka yang tidak menikmati
buah-buahan.
“Elakkan daripada mengambil hidangan berat jika mahu
memiliki berat badan seimbang dan cuba menggantikannya dengan salad.
“Malah, kita juga boleh menggalakkan anak untuk menikmati
hidangan sihat dengan mengajaknya menyediakan salad bersama. Ini secara tidak
langsung dapat mengajar mereka mengenai kebaikan makanan sihat,” katanya.
Sebaiknya, ambil dua sajian buah-buahan dalam sehari
termasuk sebiji epal untuk satu hidangan bagi memberi imbangan terhadap diet.
Justeru, bagi wanita yang lincah bergerak dan mencari
keseimbangan nutrisi dalam kehidupan harian, epal mengandungi nutrisi penting
yang boleh memberi kesan positif terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri
mereka.
No comments:
Post a Comment