Pertama
sekali saya nak ingatkan bahawa kita hanya berusaha.. Secara teorinya gamma
linolenik acid dalam biji bunga borage dapat membantu pasangan yang ingin
mendapatkan anak untuk senang hamil. Namun ia tetap berbalik kepada Yang Maha
Kuasa.
Jadi sebelum
berusaha ayuh kita berbanyak mengingati-Nya semoga dianugerahkan cahayamata
idaman.
GLA Complex
ini diambil oleh isteri, dan saya sarankan di samping GLA complex, isteri juga
mengambil set A (Vita Lea, B Complex dan Vita C), untuk persediaan sekiranya
hamil. Vita Lea dan B Complex membekalkan asid folik yang cukup bayi
mengelakkan kecacatan pada bayi, seperti spina bifida.
Baiklah,
cara-cara pengambilan GLA untuk cepat hamil:
Isteri
hendaklah mengetahui kitaran haidnya. Samada yang normal 28 hari, atau 30 hari
atau 36 hari dan sebagainya.Haid tidak tetap? Ya, saya akui agak sukar namun
boleh mengagak yang terbaik.Bahagikan hari kitaran haid kepada 2. katakan 28
hari, maka 28/2=14.Maka dianggarkan masa subur isteri itu adalah dalam hari
ke-14 dari hari pertama haid, +/- 5 hari.Maka pengambilan GLA Complex dimulakan
dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Dalam kes hari subur
ke-14, maka GLA diambil sehingga hari ke-13.Pengambilan suplemen lain
diteruskan seperti biasa.Sekiranya untuk cycle berikutnya isteri tidak
mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar sudah hamil.Jika tidak, ulangi
proses tersebut.
SEMOGA BERJAYA!
Sekali lagi, kita berusaha dan bertawakal kepada
Allah. Semoga semua pasangan suami isteri yang berhajatkan anak dari zuriat
sendiri bakal menimangnya insya-Allah.
No comments:
Post a Comment