ALFALFA - MERAWAT KEPUTIHAN
Jika anda
mengalami gejala keputihan seperti ini, anda kena berhati-hati bg mencegah
komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila
kuman mula menyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah
anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan
terutamanya tiub fallopio rosak.
Sekiranya
anda beranggapan keputihan yang dialami tergolong sebagai abnormal, maka
segeralah bertemu doktor. Namun, pastikan sebelum bertemu dengannya, anda tidak
membersihkan vagina dengan sabun pencuci atau apa-apa jenis pencuci pun. Hal
ini penting agar doktor dapat melihat keadaan sebenar keputihan.
Selanjutnya,
anda akan diberi rawatan yang bersesuaian dan dipantau perkembangannya. Dalam
sesetengah kes, sekiranya masalah keputihan yang dialami berulang biarpun
rawatan telah diberikan, suami pun perlu sama-sama menjalankan pemeriksaan
untuk mengetahui punca sebenar keputihan yang dialami. Hal ini penting untuk
dilakukan kerana punca keputihan yang anda alami mungkin berpunca daripada
beliau.
Periksa
Keputihan anda
1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang
dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu
risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada
warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur
dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti
ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.
2. Putih
Lain pula halnya jika
lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk.
Malah, jika kegatalan di
sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air
kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang yang disebabkan oleh
sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini
sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.
3. Putih pekat
Sekiranya lelehan yang
keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang
tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan
vagina. Dalam keadaan tertentu terutamana ketika keadaan menjadi lebih teruk,
rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini
sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.
4. Coklat
Lelehan yang berwarna
coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami
masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat
tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun
darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.
5. Merah muda
Bagi anda yang mungkin
mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak
berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus.
Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga
mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain,
gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.
Warna-warna lain
1. Kelabu
Apabila lelehan berwarna
kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu
lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia
bekemungkinanan petanda awal kanser.
2. Kuning kehijauan
Jika lelehan yang keluar
berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit
di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan
besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa
trichomonas vaginalis.
3. Kuning
Jangkitan yang disebabkan
oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang
keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada
kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air
kecil.
Kredit to
: Majalah Pama
................................
Walaubagaimanapun
masih ada cara untuk merawat keputihan. Alfafa
dari SHAKLEE telah berjaya merawat keputihan.
Buktinya?? Sayalah antara wanita yg mengalami keputihan dan kegatalan yg
teruk selepas bersalin. Tapi setelah mengamalkan alfafa selama 2 bulan, alhamdulillah
saya sehat sepenuhnya. Tiada lagi keputihan dan kegatalan.
No comments:
Post a Comment