Alfalfa
adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari
negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan
nutrisi.
Khasiat
Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:
Bengkak,
sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati,
hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus,
alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan
detoksifikasi.
Alfalfa
adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan
serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis,
merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.
Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:
Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan,
terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel;
menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran
dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan
kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan;
membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh
darah; membantu fokus mata.
Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi
ulser peptik.
Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan
lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati;
menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan
dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.
MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:
Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah
membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung,
melegakan saraf.
Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu
pengangkutan oksigen di dalam darah.
Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas
enzim; juga untuk digests lemak.
Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi.
Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu
saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan
badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan,
meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan
fungsi perut.
Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf;
melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.
Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:
Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan
13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan
keletihan dan kelesuan) –> membantu
dalam penyusuan ibu
Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak
kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.
Alfalfa
adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.
AWAS!!!!
Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout
(biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan
teknologi hijau. Alfalfa
Shaklee diperbuat dari
daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California ,
USA
– ditanam tanpa pertisid,
racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.
No comments:
Post a Comment