ü Sering ada ibu
yang bertanya, “Boleh x nak ambil Alfalfa sahaja? atau ambil OsteMatrix dan ESP
sahaja?”
ü Pertama,
analogi ini akan saya berikan: “Antara Meja 4 kaki dengan Meja 1 atau 2
kaki, Mana yang lebih stable?”
ü Apa yang perlu
anda tahu bila anda memutuskan untuk mengambil supplemen/makanan tambahan?
Pertama
anda perlu tahu apa itu Nutrient?
Nutrient(nutrisi) bukan sekadar vitamin walaupun ramai dari kita yang
menganggap keduanya adalah benda yang sama. Karbohidrat, protein(terbina dari
rantaian amino asid), lemak, minerals, vitamin dan air kesemuanya adalah
NUTRISI – dalam bentuk makanan yang boleh diserap oleh tubuh dan penting untuk
kesihatan tubuh kita. Antara fungsinya adalah untuk membekal tenaga, fungsi
organ yang sempurna, perkembangan sel dan macam-macam lagi.
Apa
pula perbezaan Makro-Nutrisi dengan Mikro-Nutrisi? (MAKRO VS MIKRO)
Mula-mula kita harus tahu bezakan keduanya:
- Mikro-NUTRISI adalah
seperti vitamin dan minerals yang tidak boleh secara sendiri membekalkan
tenaga kepada tubuh kita.
- Makro-NUTRISI pula
adalah seperti karbohidrat, lemak dan protein yang memberikan kita tenaga
TETAPI pelepasan tenaga hanya berlaku dimana keberadaan MIKRO-NUTRISI yang
mencukupi.
Micronutrient
Overview:
Every chain is only as strong as its weakest link.
All links of a
chain must be strong and stable. Only then will the chain hold and perform its
function. Micronutrients are linked together in the body’s metabolism; they
complement and support one another. The body’s needs are only adequately
fulfilled if a broad range of micronutrients are consumed.
Jadi jelas
terjawab persoalan anda diatas… Jumlah kedua-duanya yang kita perlukan adalah
berbagai namun kedua-keduanya memainkan peranan yang penting!
Apa lagi yang perlu anda tahu?
Kepentingan Mineral kepada tubuh kita. Sebagaimana Vitamin itu penting
untuk tubuh kita, ia tidak boleh melengkapkan fungsinya tanpa mineral. Earl
Mindell, penulis buku Vitamin Bible memberi jolokan kepada Mineral
sebagai Cinderella di dalam Dunia Nutrisi. Ramai yang tidak sedar
tentang kepentingan mineral, tanpanya Vitamin tidak boleh berfungsi
dan tidak dapat diasimilasikan(ditukar ke bentuk ringkas) untuk diserap kedalam
tubuh. Ya, ada sesetengah vitamin yang boleh disintesis oleh tubuh TETAPI tiada
satu mineral pun yang boleh disintesiskan oleh tubuh. Kita harus mendapatkannya
dari sumber luar!
No comments:
Post a Comment