Friday 1 February 2013

INFO BERAT BADAN

Kenapa berat badan masih bertambah?

Time for sharing loves.

     Jika anda makan lebih kalori atau mengurangkan masa senaman anda, pasti tak terkejut tahap gaban jika berat badan anda bertambah. Tapi, jika anda masih mengekalkan aktiviti yang sama setiap hari tetapi berat masih juga nak naik, maka itu tandanya yang anda kena lebih teliti, apakah masalah yang anda sedang alami.

1. Tak cukup tidur.

“Fikirkan mengenai ini. Jika anda kurang tidur, berasa mengantuk dan kurang tenaga. Anda akan mengambil chips potato dan mengambil makanan untuk menyelesakan diri anda.” KataSusan Zafarlotfi, PhD,  Hackensack University Medical Center in New Jersey. Sama juga di tempat kerja, jika anda sedang kekurangan tidur, anda cenderung untuk mencapai secawan kopi atau snek untuk hilangkan rasa mengantuk anda. Pada tengah malam pula, perut akan berasa lapar disebabkan tindakan hormon yang membuatkan kita lapar di tengah malam, jadi. Makan lah jawabnya.

2. Stress.

Apabila badan kita ke suatu tahap yang payah. Hormon untuk mode survival akan dirembeskan: cortisol!. Iaitu hormon yang juga menyebabkan selera makan meningkat. Nom nom lah jawabya.

3. Antidepressant.

Iaitu sejenis ubat yang mengurangkan rasa stress dalam diri. Bayangkan, daripada stress ke kurang stress. Pasti perasaan akan bertambah baik. Mood untuk makan pun bertambah baik. Nyum nyum lah jawabnya.

4. Menopause dan penuaan.

Penuaan akan mengurangkan aktiviti metabolisma badan kita. Aktivit metabolisma perlu untuk badan kita mencerna makanan dan menghasilkan tenaga. Menopause pula menyebabkan lemak terkumpul di bahagian pinggang.

5. Penyakit yang sedia ada.

Hypothyroidism, kekurangan Essential Fatty Acid, alahan kepada makanan, Sindrom Cushing, dalam keadaan mengambil ubat yang tertentu, penyakit pada hati, buah pinggang dan jantung, dan ketidak seimbangan gula dalam darah disebabkan oleh diet ataupun penyakit yang sedia ada. Apapun, sila berhubung dengan doktor anda.

6. Adab yang baik. Hehe

Kadangkala, walaupun orang lain menyarankan kita untuk menurunkan berat badan. Dalam masa yang sama, akan menyajikan kita dengan makanan yang sedap-sedap dan tinggi dengan kalori. Terutamanya semasa kenduri atau parti. No no!



7. Makanan kurang lemak.

Terdapat makanan yang kurang lemak tetapi tinggi pula kandungan gula. Jadi, walaupun kurang lemak, jumlah kalori yang diambil tetap sama. Sebelum membeli sesuatu, tengok dulu label kandungan gula juga.

     Tapi, di mana nikmat hidup kalau tak boleh nak makan makanan yang kita suka kan? Boleh makan, cuma kalau perlu, cut it down a little bit.

~ SHARING is LURVE ~ (^^.)

No comments: