TIPS DIET SEIMBANG
- Diet seimbang perlulah
diamalkan sedari awal agar sasaran yang diletakkan tercapai. Hasilnya bukan
sahaja bentuk badan akan kelihatan menarik bahkan kesihatan turut meningkat.
- Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh
itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.
- Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga.
Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan.
- Pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian. Berat
badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.
- Jangan sesekali mengelakkan
diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein. Namun,
sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.
- Anda boleh makan pelbagai
jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak
dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.
- Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amatlah digalakkan
namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.
- Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran
meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda
boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.
- Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak,
penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.
- Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak.
Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.
- Tiada masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah
meminta hidangan dalam saiz kecil.
No comments:
Post a Comment