Tuesday 23 September 2014

JAUNDIS



Antara masalah utama kebanyakan bayi sekarang ni, adalah masalah kuning, atau neonatal jaundis.
Ia dikesan apabila kulit, sclera mata atau tisu bayi menjadi kekuningan.
Ia merupakan masalah biasa yang dihidapi sekitar 50-60% bayi.
Agak membimbangkan bagi ibu-ibu terutama ibu kali pertama apabila anak asyik berulang ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan dan ujian darah bagi menentukan tahap jaundis bayi mereka.

Di sini, kita tengok dulu, apakah punca-punca penyebab jaundis:

Kenaikan bilirubin (yang menyebabkan warna kuning pada najis) adalah disebabkan oleh pemecahan sel darah merah (haemoglobin) bayi dan diganti kepada sel darah merah dewasa. Oleh kerana sistem pencernaan di hati bayi masih belum matang untuk memproses dan membuang bilirubin menjadi najis, maka bilirubin ini beredar dalam darah menjadikan tisu badan menjadi kekuningan.
Kebiasaannya keadaan ini adalah sementara dan bayi akan sembuh dengan sendirinya atau pun dengan bantuan phototherapy.
Kegagalan penyusuan susu ibu juga boleh menyebabkan bayi jaundis. Ini terjadi apabila bayi kurang menyusu menyebabkan kurangnya proses penyahtinjaan seterusnya menyebabkan bilirubin terkumpul dalam darah dan tidak dibuang. Masalah ini dapat diatasi dengan meningkatkan kekerapan penyusuan susu ibu, seterusnya meningkatkan penghasilan najis bayi.
Keadaan ini berbeza dengan jaundis disebabkan oleh susu ibu (breast milk jaundis). Jaundis disebabkan susu ibu adalah tindakbalas biokimia, dan kandungan bilirubin yang tinggi bertindak sebagai antioksidan. Biasanya bermula sedikit lewat (hari ke-6 hingga hari ke-14 selepas kelahiran) dan mungkin berlarutan lebih dari 14 hari. Namun, penyusuan susu ibu seharusnya diteruskan dan bayi akan pulih seperti biasa.
Selain itu, terdapat juga beberapa penyakit seperti biliary atresia dan penyakit hati yang lain yang menyebabkan bayi jaundis.

No comments: