Monday 29 September 2014

TIPS DIET SLIM & SIHAT



TIPS DIET SIHAT

1) Mestila dimulakan dengan Bismillah.

2) Gunakan tangan kanan sebab syaitan akan ikut makan dan minum sekali...tak baik makan tangan kiri ye

3) Rasulullah mengalakkan hanya mengunakan tiga jari sahaja ketika makan. 

4) Tidak bersandar ketika makan.

5) Mula makan dari bahagian tepi (pinggir) pinggan supaya mendapat keberkatan makanan.

6) Cara Rasullullah ialah menjilat jari setelah selesai untuk mendapat keberkatan.

7) Baca doa selepas makan supaya makanan yang dihadam memberi kesihatan berpanjangan.

8) Elakkan berfikir makan semua atau apa-apa.

9) Berpuasa bukanla cara terbaik untuk menurunkan berat badan ye! Korang perlu makan kalori yang cukup dan menguruskannya dengan bijak.

10) Potong buah-buahan yg korang suka dalam potongan yg kecil bagi menggantikan snek yg tidak sehat. No keropok keropok pleaseee...

11) Elak makan makanan ringan dari balang. Ini disebabkan korang tidak akan menyedari berapa banyak makanan telah dimasukkan ke dalam mulut

12) Pilihlah roti bijirin sebagai kudapan harian.

13) Elak makan makanan yg mengandungi lemak lebih dari 10%. Baca label maklumat pemakanan sebelum makan.

14) Rekod semua makanan yg anda makan selama 2 minggu. Konpem korang tak percaya intake korang selama ni camne rupenyer.
.
15) Elakkan or gantikan mentega dengan mentega rendah lemak.

16) Rajinkan diri membawa botol air sendiri ke mana sahaja korang pergi. Ini boleh elakkan korang dari minum minuman bergas atau air manis.

17) Sekali sekala tu, detox la badan korang. Buangkan benda-benda yg tak baik dalam badan supaya badan sentiasa rasa fresh.

18) Banyakkan minum air kosong.

19) Bile makan tu, banyakkan makan sayur ye. Banyak nutrisi, kalori pun rendah.

20) Lagi senang kalo dapat korek dari kawan-kawan yang kurus jaga badan, tips yg diaorang amalkan.

21) Kalo bosan dan terasa nak makan je, baik korang cari aktiviti yg keluarkan peluh dan lupakan pasal makanan.

22) Bile nak diet ni, jgn stress, nanti tak menjadi. kena tenang, fokus and relaks je..

23) Amalkan yogurt rendah lemak.

24) Tambah cili or rempah untuk meningkatkan metabolisme badan.

25) Kurangkan makan di luar ye, seboleh-bolehnya masak la sendiri sebab kita boleh control sendiri jumlah kalori yang diambil.

26) Banyakkan membaca artikel mengenai diet yang sehat dan amalkan.

27) Tido kena cukup 6 jam dan tak lebih dari 8 jam.

28) Minum teh hijau tanpa gula.

29) Gunakan tangga dari lif. Exercise la skitttt..

30) Kurangkan garam dalam makanan.

31) Jangan ade bajet untuk makanan ringan. Buangkan dari pikiran nak makan snek ke apeke. Kurang-kurang jimat duit dari perabis ke makanan ringan jee..bleh guna duit tu untuk benda lain plak...

32) Pisang adalah makanan diet yg paling terbaik, sebab kandungan kalium yg membantu prestasi otot dan mengawal paras air di dalam badan.

33) Makan secara perlahan-lahan, sebaik-baiknya kunyah sebanyak 40 kali seperti Rasullullah S.A.W.

39) Vitamin D akan membantu mendapatkan lebih banyak kalsium yg akan mempercepatkan lagi proses metabolisme.

40) Minum la teh herba dan jadikan sebagai minuman kegemaran ye walaupun tak sedap.

41) Minum segelas air yg ditambah dengan jus lemon skit untuk membantu meningkatkan metabolisme.

42) Jangan amalkan diet waktu bekerja je, hujung minggu belasah makan banyak-banyak. cara cenggini memang salah. memang tak nama diet la. kalo nak diet, biar berlarutan sampai ke hujung minggu ye, no skip skip diet.

43) Buat jus buah-buahan sendiri mengikut citarasa sendiri dan yang paling penting, minum tanpa gula yeeee...manis buah tu dah cukup dah untuk badan, takyah nak tambah-tambah lagi dah..

44) kurangkan makan salad di restoran sebab salad tu dah bercampur dengan mayonis which is, tak sehat jugak, tak diet jugak..better buat salad sendiri ye..makan saja, takyah la bersoskan mayonis...

45) untuk pengemar coklat, pilihlah coklat rendah lemak
.
46) Time PMS memang sedia maklum, selera makan makin menjadi-jadi. so lawan la balik dengan makan kacang almond. at least, boleh kurangkan selera makan yg menjadi-jadi tuu..

47) Pilihlah makan yg direbus berbanding yang digoreng, dibakar atau yang bersantan
.
48) Jangan skip breakfast dan lunch. Dinner tu, amik la makanan yang ringan seperti buah-buahan.

49) Cari geng untuk berdiet. Sebab cara cmni korang akan lagi semangat nak kurus sebab ade teman yg same-same semangat nak kurus.

50) Sebelum start diet, ambik tau tabiat buruk yg boleh rosakkan diet. contoh cam, kalo suka makan snek and malas gi gim, terbalikkanlah tabiat tu erkkk...


Kalori Dalam Menu Harian :


Jom kita tgk jadual masa makan yang baik untuk kita lengkapkan jadual pemakanan seimbang kita dengan pengambilan nilai kalori yang betul.
Sarapan pagi: 7.00 – 8.30 pagi.
Minum pagi: 10.00 – 10.30 pagi
Makan tengahari: 12.00 – 2.00 petang
Minum petang: 4.30 – 5.30 petang
Makan malam: 6.30 – 8.30 malam


Nampak tak jadual pemakanan yang bagus untuk kita? Disiplin kena ada kalau ada hajat besar untuk kuruskan badan. Kalau tak, memang payah dan agak mustahil untuk turunkan berat badan. Nak Kuruskan Badan? Jangan Culas Kira Kalori Harian

NOTA: Makan dalam kuantiti kecil setiap hidangan, tapi kerap iaitu 5 kali. Bukan 5 kali makan, 5 kalilah semuanya banyak! Mahunya tak bertambah berat badan! NOTA: Jadual ni untuk kekalkan berat badan sedia ada (berdasarkan pengambilan kalori harian sekitar 1600-1700 kalori). Kalau nak turunkan berat badan, baca sampai habis. =) Nak Kuruskan Badan? Jangan Culas Kira Kalori Harian
Kredit blog : hafizmohd



No comments: