Tips kuruskan badan yang mudah tapi mencabar!
Nak kuruskan badan ni, kalau tak kuat nekadnya memang payah
nak turunkan berat walaupun 500 gram.
Ikut kata pakar, lagi berat badan kita lagi mudah kita nak
turunkan berat badan.
Bila badan dah mula slim, makin payah nak turunkan berat
badan sebab lemak-lemak degil dibahagian tertentu dan dibakar dengan baiknya.
Ada
2 tips mudah untuk kuruskan badan dengan hanya menulis tapi sukar jugalah untuk
dibuat.
Saya kongsikan juga untuk korang yang sedang mencari-cari penawar
untuk kuruskan badan 500 gram seminggu.
2 tips kuruskan badan ni bergantung pada 2 perkataan sahaja
iaitu “KURANG” & ” PILIH”.
1. Kurangkan makan makanan di bawah yer.
- Kurangkan makan daging yang berlemak
- Kurangkan minum/makan susu lemak berkrim disukai ramai
- Kurangkan minum air bergas (air berkarbonat). Berhenti
terus lagilah bagus.
- Kurangkan makan/minum yang manis-manis.
2. Pilih makanan/minuman;
- Berserat macam oat untuk rendahkan kolesterol Sayur hijau
dan buah-buahan lebih banyak dalam menu harian berbanding nasi Snek yang sihat
seperti jagung rebus Minuman yang kurang manis
- Kurang melantak makanan yang ditambah terlalu banyak
perasa, pewarna, pengawet dan yang sama waktu dengannya.
Tips ni memang dah banyak kali kita baca.
Selagi ianya tidak menjadi amalan, selagi itulah kita wajib
tulis, baca dan kuatkan tekad untuk amalkan tips kuruskan badan ni.
Jagung rebus tu salah satu snek pilihan paling mudah nak
buat kat rumah. Beli jagung, rebus dan letak garam sikit.
Siap! Akhir kata, kalau nak kuruskan badan berapa puluh kilo
sekalipun, mestilah kuat tekad dan lagi bagus kalau ada rakan-rakan yang sokong
usaha kita ni. Lagi bagus, ada yang tolong pantau dan buat sama-sama.
“Nak kurus sejuta daya, nak gemuk sekelip mata”
Dan yg penting sekali jangan lupa untuk berdoa dan pohon
kepada Allah.
4 comments:
Tip-tip yang diberi tu sebenarnya memang mudah aja untuk dilakukan cuma tinggal nak ke tak nak. Klu x nak sebab tak boleh nak kontrol selera lah tu :D
Kena bertabah byk2 klu nampak makanan sedap2
semga tips ni memberi manfaat kpd yang hendak kurus, walau apapun kena displin dalam melaksanakannya kan :)
Betul tu kann...semuanya dari diri sendiri juga. Nak seribu daya kann...hehee
semoga serba sedikit beri manfaat utk sesiapa yg serius berdiet nie ye!
Post a Comment