Friday 4 September 2015

BILA URL BLOG BERTUKAR!

Bila URL Blog Bertukar Dari .com ke . my!

Salam semua pembaca pembaca blog. Lama tak update blog dari 1hb Sept. Hari ini baru berkesempatan sebab kesihatan yang tak mengizinkan. Semalam baru terperasan kenapa URL Blog saya yang asalnya. com bertukar jadi my. Mula nya terfikir ada ke tukar atau terusik mana mana setting ke.. Risau juga lah kan. Macam tak menarik pulak .my. Lagipun dah terbiasa pakai .com termasuk juga name card blog pon dah letak .com. dah la ada lagi 2 kotak! waktu tu beli murah je beli 4 free 1 kotak.. rugi lah tak grab kan... nak tukar balik ke. my macam mana.. eh..rasa macam tak boleh terima jugak tauu.. . Tapi xpelah.. Redha je...

Tapi bila tengok bukan blog saya je lah... Semua yang sebelum ni guna blogspot.com telah bertukar jadi. my. Hehehe.. Kusangkakan hanya blogger di Malaysia sahaja yang bertukar .MY..ye lah.. MY kan macam singkatan Malaysia kan.. Rupanya semua tak kira anda di pelusuk mana pon.. Tapi Tak payah risau lah.. Kalau kita guna search dan key in url blog lama pon masih boleh dijumpa tapi automatik akan diubah ke dot my oleh enjin carian.. Lega kan..nasib baik Kalau tak jumpe blog saya ni haru biru nanti..huhuuu

Sekian entry petang ni :)

No comments: