Tuesday 1 September 2015

SENARAI DIET YANG SALAH!

SENARAI DIET SALAH INI UNTUK PANDUAN BERSAMA!

1. Kurang Kalori!!!

Anda sememangnya telah mengamalkan diet yang salah sekiranya anda mengurangkan jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh badan daripada yang sepatutnya.
Bila badan kita kurang kalori dari yang sepatutnya, metabolisma kita akan menjadi perlahan, tubuh pula bergantung kepada jumlah kalori yang kita ambil kerana badan kita memerlukan kalori yang cukup bagi memastikan sistem badan berjalan lancar.
Dengan mengurangkan kalori, sebenarnya kita memaksa tubuh kita berlapar.
Sekiranya kita mengambil kalori dengan mencukupi, metabolisma kita normal dan ini akan membantu tubuh dalam proses membakar kalori.
Awas, kita akan berpotensi mengalami penyusutan jisim tulang dan hiportemia sekiranya kita terus-terusan mengurangkan kalori kita!

2. Pil Diet!!!

Pil diet adalah jalan pintas untuk kurus.
Dengan mengambil pil diet, kita boleh tahan lapar dan jadi tidak berselera selama tiga hingga empat hari.
Pil diet boleh beri kesan buruk jangka panjang.
Sistem badan terganggu dek kerana tak selera makan selama berhari-hari.
Malah ada yang menemui ajal kerana serangan jantung oleh sebab pengambilan pil diet ini.

3. Fad Diet!!!

Fad diet adalah diet dengan cara meninggalkan kumpulan makanan tertentu. Contohnya mengambil protein dan meninggalkan karbohidrat.
Eh! Mana boleh, diet seimbang harian sudah tentu memerlukan protein, karbohidrat dan lain-lain.
Malah, kita sebenarnya memerlukan lebih 40 jenis zat makanan daripada jenis vitamin, zat galian, asid amino (protein), asid lemak dan kalori untuk tenaga.
Kita juga patut tahu bahawa tidak ada satu makanan pun yang lengkap dengan kesemua zat yang kita perlukan.
Kalau nak diikutkan kita digalakkan mengambil 30 jenis makanan seminggu untuk zat yang betul-betul mencukupi.

Ha!!! Disinilah peranan makanan tambahan ataupun vitamin untuk menampung keperluan tubuh badan yang kita tidakkan tadi.
Jadi janganlah diet secara salah, dietlah secara seimbang.

Anda juga perlu tahu bahawa, bahawa semua golongan memerlukan diet seimbang, tetapi diet ini harus berbeza mengikut keperluan tubuh badan (saiz, umur, jantina, tahap aktiviti fizikal dan keadaan kesihatan).

Bagi mereka yang mengalami obesiti (BMI - Body Mass Index, yang lebih dari sepatutnya) perlu mengamalkan diet penurunan berat badan.

Tetapi jika BMI anda adalah normal dan anda hanya mahu merampingkan perut, anda seharusnya tetap diet seimbang disertai dengan melakukan aktiviti khusus untuk merampingkan perut!
Ketahuilah bahawa diet sesuai dan seimbang memerlukan semua jenis nutrien dan tidak memberikan kesan negatif ke atas diri sendiri.

Sifirnya mudah:

• Kalori tinggi, ambil sedikit, kalori rendah, ambil dengan kerap.
• Pelbagaikan makanan sihat kerana tiada satupun makanan yang membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh.

(Seperti yang saya katakan tadi, itulah peranan makanan tambahan dan vitamin. Pastikan semulajadi!!!)

No comments: