Google+ Followers

TQ KLIK ;)

Wednesday, 15 October 2014

PETUA SUCIKAN HATI

Petua Mencuci Hati

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah :

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati,Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati yang Di olah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1.Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan,Semasa berdoa turut katakan "Ya, Allah jadikan hatiku
bersih"..
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebelum tidur - Disamping dosa-
dosa di ampunkan,otak tenang,murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat-Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4.Membaca Al-Quran-Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh,penenang,terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif-Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku
sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda-Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum,pejam mata,katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,cuci
hatiku,esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria,bersemangat,aktif,positif". Menurut kajian psikologi,apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan
harinya.
8. Berpuasa-Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9.Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10.Kekalkan wuduk.
11.Bersedekah.
12.Belanja orang makan.
13.Jaga makanan-jangan makan makanan yang subhat.
14.Berkawan dengan ulama.
15.Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang,jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata,telinga,
mulut...dsb),jangan dengar orang mengumpat.
"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

Kredit to blog : 

eyfa writer

2 comments:

Marou Apple Hijau said...

Betul tu.. boleh la amalkan

Norazah Md Sarip said...

Ya betul..jom sama2 kita amalkan ye :)